Kurikulum Pendidikan Guru adalah suatu pelan pengalaman pembelajaran untuk belajar dan pengalaman pembelajaran untuk mengajar bagi melahirkan insan guru yang profesional dan bersepadu.
Ciri-ciri Kurikulum
Ciri-ciri kurikulum yang disediakan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ini adalah seperti yang berikut:
- Bersifat dinamik, relevan, futuristik, responsif, holistik, dan bersepadu
- Konsep “the personhood of teachers” dan pendekatan humanistik akan diberi fokus
- Aplikasi teori untuk membina insan guru yang dapat menangani cabaran sebagai pendidik
- Bersifat koheren antara pengajaran berkesan (effective learning) dan pengalaman klinikal (clinical experience)
- Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat
Reka Bentuk Kurikulum
Kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ini direka bentuk berdasarkan prinsip-prinsip seperti yang berikut:
Berasaskan Hasil Pembelajaran (Outcome-Based)
- Menjurus ke arah pencapaian Hasil Pembelajaran Program dan Hasil Pembelajaran Kursus / Bidang
- Mematuhi Panduan Standard Program Peringkat Sarjana Muda dan Malaysian Qualifications Framework (MQF)
Koheren
- Mempunyai pautan antara kursus dan penglaman praktikal/klinikal
Spiral and Developmental
- Pengalaman pembelajaran dirancang dengan rapi mengikut turutan dan keselarasan berdasarkan pelbagai jenis pengalaman, tahap kesukaran dan konteks dalam setiap kursus dan antara kursus-kursus yang ditawarkan
- 3 Aras mengikut Semester, iatu:
- Aras 1 : Semester 1 hingga Semester 3
- Aras 2 : Semester 4 hingga Semester 6
- Aras 3 : Semester 7 dan Semester 8
Holistik
- Keseimbangan dan integrasi di antara ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai / disposisi
- “hardskills” dan “soft skills”
- Persepktif global (4 Pillars of Education). EFA, EIU, ESD(UNESCO)
- Kurikulum, Aktiviti Kokurikulum, dan Bina Insan Guru
Praktikal dan Kontekstual
- Berbentuk praktikal / ”hands-on”
- Berasaskan kurikulum sekolah (KBSR)
- Pelaksanaan mengikut sekolah (kalendar akademik setiap semester)
- Merujuk situasi sebenar / amalan bilik darjah di sekolah
- Melaksanakan amalan terbaik (best practises)
Konsep Struktur Kurikulum
Struktur Kurikulum dikonsepsikan sebagai “Kerangka yang merangkumi komponen-komponen penting yang menetapkan wajaran, jumlah kredit dan kursus-kursus yang ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan”.
Struktur kurikulum direka bentuk mengikut 3 Aras bagi mencerminkan kurikulum yang bersifat “spiral” dan “developmental” dan berasaskan kemahiran-kemahiran yang hendak dicapai di dalam kandungan sukatan pelajaran dan sistem penilaian yang akan digunakan sepanjang tempoh pengajian.
Strategi Pelaksanaan Kurikulum
Kurikulum program ini dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi seperti yang berikut:
Menggunakan pelbagai mod – Kuliah /Tutorial / Seminar / perbengkelan / IndependentStudent Learning (ISL) dan Amali dengan mengambil kira Waktu Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time) dan Beban Tugas Pelajar seperti yang dikehendaki dalam Notional Credit.
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-based Learning) dan Pendekatan pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-based Learning) – Penggunaan Unit Plan, Portfolio Pembelajaran, kajian kes, penyelidikan tindakan,pentaksiran prestasi (performance assessments), penilaian tugasan terarah, dan penilaian portfolio dilaksanakan bagi memastikan pembelajaran diaplikasi kepada masalah amalan atau praktik yang sebenar (real problem ofpractice).
Pengalaman Klinikal (Clinical Experience) – Pengalaman klinikal yang mencukupi akan diberikan untuk menyokong idea dan amalan yang berkait rapat dengan keperluan kurikulum, kerja kursus, dan tugasan.
Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System) – Sistem penyampaian maklumat tentang aktiviti, bahan, dan bimbingan dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan melalui e-learning dan online learning.
Pembelajaran Kendiri – Bagi menjadikan pelajar sebagai independent learner, penyampaian kurikulum latihan perguruan dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai mod supaya pembelajaran secara akses kendiri (self-accessed learning) dan terarah kendiri (self-directed learning) dapat dibudayakan. Ini seterusnya akan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
Amalan Profesional – Pengalaman yang menekankan pengalaman klinikal dan bimbingan melalui pengalaman berasaskan sekolah, praktikum, internship, latihan industri, dan service learning akan dilaksanakan sepanjang pengajian untuk mengaplikasikan teori dalam situasi sebenar.
Spesifikasi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Spesifikasi Program adalah merujuk kepada matlamat, hasil pembelajaran, dan cara bagaimana hasil pembelajaran dicapai dan dinilai, struktur program dan juga syarat-syarat kemasukan pelajar.
Fokus Hasil Pembelajaran
Fokus hasil pembelajaran yang hendak dicapai melalui 3 tahap / aras selama empat tahun pengajian adalah dari segi:
- Etika Profesional
- Pengetahuan dan Kefahaman
- Kemahiran Intelek
- Kemahiran Praktikal
- Kemahiran Kebolehpindahan
- Penghayatan dan Amalan Nilai
Hasil pembelajaran yang hendak dicapai pada Aras 1 akan diulang (revisit) semasa Aras 2 dan 3 dengan lebih meluas dan mendalam.
Konsep Penilaian dan Pentaksiran
Konsep pelaksaanaan penilaian dan pentaksiran dalam konteks keperluan kurikulum bertujuan untuk memastikan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dicapai berdasarkan 3 Aras. Bentuk penilaian boleh dibuat dalam pelbagai bentuk termasuk pentaksiran berterusan, peperiksaan berpusat dan penulisan akademik.
Jaminan Kualiti
Kurikulum yang direka bentuk adalah berdasarkan prosedur Jaminan Kualiti Akademik yang ditetapkan oleh Jaminan Kualiti IPG dan juga memenuhi Kod Jaminan Kualiti yang menepati Malaysian Qualification Framework (MQF).
Kelulusan Kurikulum
Kelulusan kurikulum program ini berdasarkan Tatacara Kelulusan Program Ijazah Sarjana Muda perguruan.
